Sunday, July 25, 2010

Kempen Amalan 5S menyerang!

Assalamualaikum semua,

Jabatan Kehakiman Syariah Perak telah dikejutkan dengan satu kempen baru.... Kempen Amalan 5 S.... berapa banyak kempen la.... Kami di Mahkamah Syariah Ipoh ni pun menyahut juga la seruan jabatan untuk menjayakan kempen ini....

Persiapan telah dibuat... kita tunggu je la hasilnya.... Adakah MS Ipoh akan jadi pemenang??? Sama2 le kita tunggu keberhasilannya....

Zirkon Hijau dan Fairuz adalah nama bagi MS Ipoh dalam Kempen Amalan 5 S ini...
Mahkamah daerah lain, dengar cerita dah banyak tindakan dan gerak kerja dibuat. Di Ipoh ni je belum nak nampak pergerakannya... Pd. 30hb Julai 2010 nanti kita akan membentangkan hasil semasa setiap bahagian... Buat semua, SELAMAT menyahut KEMPEN AMALAN 5S.

"MAJULAH MAHKAMAH UNTUK NEGARA."
"SYARIAH ASAS KEADILAN"
"KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS."

Friday, May 21, 2010

Audit ISO SIRIM nak datang!


Assalamualaikum,


Berita terkini bahawa Selasa 25hb Mei 2010 bertempat di Pejabat Pentadbiran Mahkamah Rendah Syariah Ipoh akan dihadiri oleh seorang Pegawai Penilai dari SIRIM iaitu Cik Hanida Ghazali... Diharap rakan2 sepejabat dapat bersedia dengan kehadirannya dan silalah perkemaskan segala dokumen untuk dinilai.


Tadi ada gotong royong n Alhamdulillah mendapat kerjasama daripada semua... Semoga kita dapat mencapai dan layak disijilkan oleh SIRIM bg tahun ini.... Amin.

Wednesday, May 5, 2010

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dapat juga diwujudkan blog ini sebagai satu wadah dan pendekatan warga mahkamah menukilkan rasa, pendapat serta berkongsi sesuatu dengan masyarakat.

Diharap dengan lahirnya blog ini, dapatlah kita bersama mengisi dan update apa2 di dalam blog ini. Semoga blog ini menjadi penghubung antara kita semua. Selamat berbloging...